unsur seni 💖
GARISAN
- Garisan adalah cantuman
dua titik dari jarak tertentu.
- Garisan boleh mencipta
rupa, bentuk, jalinan, ton, corak, pergerakan dan ruang.
- Terdapat pelbagai jenis
garisan dan ia boleh dihasilkan menggunakan pelbagai media seperti pensil, pen,
marker dan pensil warna.
RUPA
- Rupa adalah garisan
luar sesuatu bentuk
- Terhasil apabila
pertemuan antara penghujung garisan dengan permulaannya.
- Terbahagi kepada 2 rupa
iaitu rupa organik dan rupa geometri.
BENTUK
- Bentuk berstruktur,
lebih dari satu permukaan dan berjisim.
- Ada dalam 2 bentuk
iaitu bentuk ilusi dan bentuk konkrit.
· Bentuk ilusi : Bersifat
2 dimensi ( dalam gambar sahaja, apabila sentuh tak
rasa )
·
Bentuk konkrit :
Bersifat 3 dimensi ( bentuk sebenar, apabila sentuh akan rasa )
JALINAN
-
Jalinan adalah keadaan
sesuatu permukaan. Jalinan terbahagi kepada dua jenis iaitu jalinan sentuh dan
jalinan tampak.
·
Jalinan sentuh : Kesan
jalinan boleh dirasai apabila disentuh
·
Jalinan tampak : Kesan
jalinan tidak dapat dirasai apabila disentuh, hanya nampak di mata sahaja.
RUANG
-
Ruang adalah jarak antara objek.
-
Ruang terbahagi kepada
dua jenis iaitu ruang fizikal dan ruang ilusi.
·
Ruang fizikal : Ruang
di persekitaran objek 3 dimensi sebenar.
·
Ruang ilusi : Ruang
dalam karya 2 dimensi sahaja.
WARNA
-
Warna adalah tindak
balas cahaya ke atas sesuatu permukaan. Warna terbahagi kepada 3 jenis iaitu
warna asas/ utama/ primer, Warna sekunder, dan warna tertier.
·
Warna asas/ utama/
primer : Warna yang paling utama seperti warna merah, biru dan kuning. Warna
ini tidak boleh dihasilkan dengan mencampurkan warna- warna lain.
·
Warna sekunder : Hasil
warna yang wujud setelah mencampur warna-warna asas . Contohnya merah + biru =
ungu, kuning + biru = Hijau.
·
Warna tertier : Hasil
warna yang wujud setelah mencampur dua jenis warna sekunder seperti ungu +
hijau.
-
Warna neutral adalah
warna putih, hitam dan kelabu.