Thursday, September 7, 2017

ASAS SENI REKA ( UNSUR SENI )


unsur seni 💖

GARISAN

  •      Garisan adalah cantuman dua titik dari jarak tertentu.
  • *   Garisan boleh mencipta rupa, bentuk, jalinan, ton, corak, pergerakan dan ruang.
  • *   Terdapat pelbagai jenis garisan dan ia boleh dihasilkan menggunakan pelbagai media seperti pensil, pen, marker dan pensil warna.


RUPA

  • *   Rupa adalah garisan luar sesuatu bentuk
  • *  Terhasil apabila pertemuan antara penghujung garisan dengan permulaannya.
  • *  Terbahagi kepada 2 rupa iaitu rupa organik dan rupa geometri.



BENTUK

  • *   Bentuk berstruktur, lebih dari satu permukaan dan berjisim.
  • *   Ada dalam 2 bentuk iaitu bentuk ilusi dan bentuk konkrit.

·    Bentuk ilusi : Bersifat 2 dimensi ( dalam gambar sahaja, apabila sentuh                                                     tak rasa )
·         Bentuk konkrit : Bersifat 3 dimensi ( bentuk sebenar, apabila sentuh akan                                                            rasa )

JALINAN

  • *      Jalinan adalah keadaan sesuatu permukaan. Jalinan terbahagi kepada dua jenis iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak.

·         Jalinan sentuh : Kesan jalinan boleh dirasai apabila disentuh
·         Jalinan tampak : Kesan jalinan tidak dapat dirasai apabila disentuh, hanya               nampak di mata sahaja.



RUANG

  • *       Ruang adalah jarak antara objek.
  • *      Ruang terbahagi kepada dua jenis iaitu ruang fizikal dan ruang ilusi.

·         Ruang fizikal : Ruang di persekitaran objek 3 dimensi sebenar.
·         Ruang ilusi : Ruang dalam karya 2 dimensi sahaja.


WARNA

  • *      Warna adalah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan. Warna terbahagi kepada 3 jenis iaitu warna asas/ utama/ primer, Warna sekunder, dan warna tertier.

·         Warna asas/ utama/ primer : Warna yang paling utama seperti warna merah, biru dan kuning. Warna ini tidak boleh dihasilkan dengan mencampurkan warna- warna lain.
·         Warna sekunder : Hasil warna yang wujud setelah mencampur warna-warna asas . Contohnya merah + biru = ungu, kuning + biru = Hijau.
·         Warna tertier : Hasil warna yang wujud setelah mencampur dua jenis warna sekunder seperti ungu + hijau.
  • *      Warna neutral adalah warna putih, hitam dan kelabu.




No comments:

Post a Comment

Hai awak!
Jom komen sikit .Winkwink~
Tataa~