Sunday, September 1, 2013

Mereka kawan,merekalah keluarga .

Assalamualaikum.
Hai you alls . Weh,dah lama gila aku tak update blog.
Apa kejadah yang aku buat selama ni hah?Haish risau aku.
K,sebenarnya,sejak aku mula masuk maktab ni,aku makin malas nak update blog.
Internet lambat gila nak mati.
Ni pun aku update kat library.Pensyarah suruh datang buat assignment,tapi aku datang buka blog.
Haram jadah perangai.
Btw,dah 2 bulan kot aku kat IPTHO a.k.a Intitut Perguruan Tun Hussein Onn.
Lahai,mula-mula datang,sumpah homesick gila.Paling teruk time aku sakit haritu.Hari-hari nangis nak balik.Bajet johor dengan kelantan dekat gila.
Tapi,bila dah sebulan kat sini,aku dah boleh pasrah dengan takdir illahi.
Hamboi ayat .
Time orentasi pun okey.Okey gila.Hari pertama orentasi dah kena nyanyi kat depan.Bahagia weh --'
Classmate aku pun ok. Semua best. kitorang dah macam satu family dah gamaknya.
Pensyarah?Semuanya sporting gila!Paling best,mentor kitorang yang dipanggil Daddy tu memang baiklah weh.Dahlah comel.*Mampus aku kalau bini dia baca*
Paling tak boleh blah,aku ada geng yang paling bangang di asia tenggara.Sumpah syok gila.
Kau bayangkan,Kantin,cafe,and koperasi a.k.a IPTHO mall,semua dah kenal kitorang berempat.
Nak buat macam mana,pergi mana-manapun,kitorang asyik melalak je.Bajet IPTHO tu milik kitorang.Ahaks.
Hah,malas dah aku nak membebel panjang-panjang,bukan ada orang baca pun .Buat malu je. 
Kbai .

Psv class .Time latihan koir. Sayang korang !

Dari kiri,Ayni,Wawa,aku and Bella .Yeh!Kitorang geng :D

Oh,btw,kelas aku ada 20 orang.3 je lelaki.Islam sorang,cina sorang and kristian sorang.
yang lain semua perempuan.Ada cina,melayu and kristian.Yey!Perempuan berkuasa. Haha

Bai .



Saturday, June 22, 2013

Persiapan ke maktab =='

Assalamualaikum..



Haa tengok!tengok!Bila aku start nak taip,mulalah semua idea nak hilang.Tadi kemain lagi sakan bertimbun dalam kepala otak.Bikin panas je!
Takpe ah,kiranya dia nak aku merapu jelah kot.

Ok,hai.
Sekarang ni aku kat kajang.Lepak rumah mak sedara.
Esok baru aku pergi johor.Alahai cepatnya masa berlalu.
Malas pula nak pergi maktab.

Kejap lagi kakak aku datang.Dia nak ambil aku pergi beli barang.
Banyak lagi kot tak beli.
Hah!Cakap pasal maktab,kau tahu berapa banyak beg aku bawak?Enam ok!ENAM!Kau ada?
Entahlah,akupun tak tahu apa dah nak jadi dengan aku ni.
Semua benda aku nak bawak.
Kalau boleh,memang aku nak angkut satu rumah tu letak sebelah maktab,tapi tak boleh.

Sebenarnya perangai aku serupa haram ni akibat daripada tak pernah pergi stay kat asramapun.
Eh tak,i mean aku tak pernah pun duduk kat asrama lama-lama.
Kalau pernah pun sehari dua je,tupun sebab ada program.

Eh panjang pula cerita aku ni.Takpe ah,kira tapau hari-hari yang aku tak update blog sebelum-sebelum ni.


Haaaah!Semalam aku ada tanya pakcik google pasal maktab yang aku nak pergi ni,pastu aku ada terjumpa satu blog yang cakap pasal maktab tu.
Dia cakap maktab tu tak bestlah.Sebab apa entah.Dia takde cakap pula.

Ya Allah,takut pula aku nak pergi.Macam mana ni?
Papepun,doakan aku okey je kat sana.Amin.

Kbahai ~

Tuesday, June 18, 2013

Aku ada berita bahagia :')

Assalamualaikum..


Ok hai.Aku ada good news.
Aku dapat IPG a.k.a maktab.
Tapi dekat johorlah.Lahai jauh nak eh .
Seronok tu memanglah tapi aku terfikir,macam mana aku nak puasa tanpa mak aku?Macam mana aku nak urus diri sendiri hari-hari?Tak boleh ke ajak mak sekali?Ok aku mengaku aku memang anak mak.Habis kalau bukan anak mak,anak siapa lagi?
Whatever..
hum,tu je kot .

Doakan aku BAHAGIA kat sana eh.
Oh btw,aku tengah patah hati sekarang ni.Bengang gila dengan diri sendiri.
Sebab apa?Aku sendiri pun tak pasti .
Yang penting,

Bai .

Tuesday, June 11, 2013

Kenapa mesti 'Biawakitucomel'?

Assalamualaikum.



Ok hai.Aku bosan .Aku takde idea nak buat entry but nak buat juga.

Oh tadi aku buka blog yang aku join segmen review blog.
Ohoo dah lama sangat tak jengah sana.Bila buka,tengok-tengok dia dah review blog aku.
So i'm so excitedddd ok!

Thanks sebab review and komen blog saya.
At least saya tahu apa yang boleh dijadikan topik dalam blog. :')

 Eh sambung!Bila baca ,tiba-tiba terkelu sekejap.
Dia tanya kenapa aku letak link blog yang berbunyi 'Biawakitucomel' .

Why?Why?And why?Hum meh nak jawab.Aku buat link sebegitu sebab aku nak something yang different.
Sebab lain,entahlah yang pasti aku bukan peminat biawak ye,tidak sama sekali.
Aku sukakan kelainan.
And last sorry if link blog aku buat korang rasa geli nak jengah blog aku.So sorry :'D

Kbai ~

Wednesday, May 29, 2013

Dia boyfriend terhebat .

Assalamualaikum.



Sekarang ni  aku nak tulis pasal boyfriend aku.Awumm gedik je bunyinya.

Dia sangat hensem.Hensem sesangat.
Tak pernah aku jumpa lelaki sehensem dia.
Dia buat aku melting. :*
Dia kuat.Baik.Rajin.Bertanggungjawab.

Bila aku sedih,dia peluk aku.Dia bagi aku semangat.Dia cium dahi aku sambil cakap "sayang,jangan sedih." :')

Dia boyfriend yang sangat berani.
Dia jaga aku.Dia lindungi aku dari orang jahat.
Sweet kan?

Dia selalu pimpin tangan aku bila kitorang keluar.
Dia tak kasi aku jalan sensorang.Katanya "bahaya".
Bila aku sakit,dia bawa aku pergi klinik,dia paksa aku makan ubat dan dia belikan aku apa saja yang aku nak makan.

Bila aku ada masalah,dia selalu dengar,dia pujuk aku,dia nasihat aku dan dia lap air mata aku.
Dia selalu berusaha untuk tunaikan segala keinginan aku.

Dia boyfriend pertama aku.
Bila aku bosan,dia berusaha hiburkan hati aku,dia ajak aku jalan-jalan walaupun dia penat sangat.
Bila tiba birthday aku,dia akan sediakan hadiah untuk aku.
Tak pernah sekalipun dia lupa.
Tapi tu dulu....

Sekarang dia dah takde.Dia dah pergi jauh.Dah lima tahun dia tinggalkan aku.Hari-hari aku rasa sunyi.Aku rindu dia.Rindu sangat.Tapi aku tak boleh nak luahkan kat sesapa pun sebab takde yang sudi dengar.
Sampai sekarang hati aku masih untuk dia.Dan aku percaya hati aku selamanya untuk dia.




Dialah ayah aku.
I MISS YOU AYAH :')

Al-Fatihah buat hero dunia akhirat saya .

Thursday, May 16, 2013

Interview :"D

Assalamualaikum..



Dah baca title besar gedebom kat atas tu kan?So mesti korang dah tahu apa yang aku nak ceritakan.
Sebenarnya,aku pergi interview kelmarin.Dekat besut.Tapi disebabkan aku tak berapa sihat,maka aku buatlah entry interview ni hari ni.Semalam aku tidur je.
Okey,lets start .
Oh btw,aku nak tulis ringkas-ringkas je.

8 setengah exam insak.Ok soalan dia not bad lah.Soalan kbkk je.Tapi sesenang macam manapun,korang kena baca elok-elok,takut tersalah pilih jawapan pulak.Masa yang diperuntukkan 30 minit je dan korang kena jawab 135 soalan okey!Muehehe cuak tak?

After selesai jawab INSAK,pensyarah (KOT) tu suruh pergi dekat dewan interview.
So sila patuh ye.
Masa interview adalah ikut masa yang telah ditetapkan dalam kertas korang tu.Aku punya pukul 10.45 pagi.
Sebelum masuk bilik interview tu,pensyarah pergi makan dulu,so masa tulah group aku duk lepak sambil-sambil wat lek macam tunggu masa nak kahwin je.Hekhek.
Group aku ada 6 orang.5 perempuan,sorang lelaki.Tapi kitorang semua sekepala.Best siot lepak dengan diorang!

Bila tiba masa untuk masuk bilik iv tu,semua menggelabah.Last-last lelaki tu yang masuk dulu.Alahai gentleman betul .
Bila dah masuk tu,bagilah salam,letak hasil seni kitorang atas meja yang ditetapkan (Group aku semua seni),lepastu serah fail masing-masing dekat pensyarah tu.
Duduk diam seminit dua,pensyarah lelaki tu pun suruh pergi tengok video dekat laptop dia .(Ada dua orang interviewer .
(sorang laki sorang pompuan.)
Video tu mengisahkan tentang sekolah pendalaman.Lepas tengok tu,kami dipersilakan duduk.Tapi kena duduk ikut nama dalam senarai okey.
Sebelum start perbincangan,kami disuruh memperkenalkan diri masing-masing dalam bahasa inggeris.Hoho .So buat jelah.
Aku cuma cakap nama,asal,nama ayah ibu,bilangan adik beradik,anak ke berapa,hobi,cita2,lepastu promote lah sikit pasal hasil seni yang dibawa.

Lepas settles emua,barulah perbincangan dimulakan.
Masa tu diorang takkan mencelah langsung,sebaliknya hanya mendengar,so kena pandai-pandai cakap banyaklah.Masa tu jugalah aku ambil peluang untuk start dulu.
Tipulah kalau cakap tak gelabah sebab ni iv pertama dalam hidup aku.Cuak nak mati kot!
Tapi aku gagahkan juga diri supaya berani.
Dan alhamdulillah,lelaki sekumpulan dengan aku setuju dengan pendapat aku.
Start situlah kami mula membebel.Semoga kami berjaya.

bai.

Eh eh tak habis lagi,tunggu kejap.
After settle berbincang pasal sekolah pendalaman tu,interviewer mula mengajukan soalan.Soalan dia lebih kepada nak downkan kita punya semangat nak jadi cikgulah.

cth:Saya tak rasa subjek seni ni penting sebab bila tiba beberapa minggu terakhir sebelum UPSR,cikgu akan lebih menekankan subjek-subjek penting seperti math,so subjek seni akan ditolak tepi.

Hah!Canggitulah lebih kurang.So tugas kita adalah mempertahankan subjek yang kita ambil tu.Cakaplah apapun,yang penting kita berani.
Sebenarnya,dalam iv ni,mereka lebih berkeinginan untuk melihat kita berani dalam berkomunikasi,kalaupun kita rasa apa yang kita nak cakap tu macam salah je,its okey sayang,teruskan.cakap je.
Sebenarnya banyak lagi,tapi aku rasa cukuplah tu je.Soalan lain yang diajukan lebih kurang sama je.Mereka cuma nak tengok betul ke kita nak jadi cikgu.So beranilah.

Bai.

tolong baca ayat dibawah ni :

Ya ALLAH,semoga gadis ini lulus dalam temuduga maktab tersebut.Amin

hekhek thanks awak! 
ohya,dia tak tanya pun pasal isu semasa.tapi demi kebaikan,sila baca.

Monday, May 6, 2013

Form 6 ? -..-

Assalamualaikum..

*Ni moyang aku....punya kawan.Omei tak dia?*


Weee~Akhirnya dapat juga aku update blog omei ni setelah berabad tak boleh online.Berabad?Omei? K Whatever -..-
Oh semalam keputusan PRU13 keluar kan?So amacam?Puas hati?ohhooo tutup cerita.
Lusa dah kena daftar form 6.Sumpah takde semangat langsung nak masuk bila dapat tahu semua geng aku tak masuk.
Bayangkanlah sorang-sorang je.Dulu kemain lagi semangat nak masuk sebab bestie aku nak masuk sama,last-last dia cakap nak pergi kerja kat taska akak aku.Keluar asap dari hidung den.Dan sekarang tinggallah saya sendirian.
Bila aku minta nak kerja kat taska tu,boleh pula kakak aku cakap

"Selagi tak habis belajar,jangan harap boleh kerja!"

Geboom!Sentap mak nak.
Bila aku cakap nak join dia pergi bandung,boleh je dia buat lek buat pekak buat tak dengar kasi gua hangin satu badan.
Sampai sekarang aku mogok dengan kakak-kakak aku tu.Tapi takde pula dia pujuk aku.Eh kesah pulak aku kan?
So kesimpulannya aku kena masuk form 6 sampai dapat tawaran yang bombom kebabom.Tapi aku tak tahu bila?Mungkinkah langit akan runtuh dulu baru dapat?Mybe.
Oh btw,siapa dapat interview maktab?Kita geng!Doakan aku ye nyah.Muahahahaha

Kejap nak tanya,kalau aku cakap aku benci form 6 adakah ianya berdosa?

Kbai~

Monday, April 29, 2013

Kenapa Running Man sangat popular di seluruh dunia?

Assalamualaikum..
Korang pernah tengok tak Running Man?
Ramai yang cakap best,so hari tu aku rajin-rajinkan diri untuk tengok R.M tu.
Komen aku,bolehlah.Aku cakap macam tu sebab aku baru tengok 1 episod je.Tu pun aku tengok dengan kakak aku sebab dia memang minat gila R.M tu.Bila dia balik kelantan,hari-hari aku dengar dia gelak sorang-sorang.Tapi aku terburuk sangka pula.Aku ingat dia gila akibat tekanan di tempat kerja.Muehehe baik tak aku?
Oh harap dia tak baca entry ni.
Back to the topic,Kenapa ye?
Sebelum aku bagitahu kenapa,sila tengok gambar kat bawah ni dulu.

Comel jekan?

Sebab :
Konsep rancangan yang unik dan misi yang berbeza bagi setiap episod.
Karekter bagi setiap watak mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Tidak menggunakan sebarang skrip.
Setiap watak tidak bersikap bajet hot.(boleh ke guna ayat cenggini?)
Tetamu jemputan yang berbeza-beza hampir setiap minggu.
Suntingan yang hebat daripada pihak produksi dan krew-krew yang hebat dan ramai.
Setiap watak mempunyai sense of humour yang tinggi.
Tempat-tempat yang dilawati sangat menarik.
Drama persahabatan,percintaan,dan pergaduhan yang ada dalam R.M.
Lee kwang soo si pengkhianat.

Credit kepada Fuyoo Media.

kbai.

Jom tengok harga blog anda !

Assalamualaikum..
Hai uolls ..
Jom weh kita timbang blog masing-masing.Ke takda orang nak?
Tak kisahlah.Aku tahu mesti semua dah pernah buat kan?
So izinkan aku syok sendiri bajet ada orang baca entry ni dan cuba benda yang wujud sejak zaman batu lagi .
Aku memang macam ni.Bajet je lebih padahal sorangpun tak datang cuba.
Kstop merepek -.-'
Tadi,time aku timbang aku punya blog,rasa macam lawak je.Tak percaya?
tengok ni :


Hah harga dia yang aku kotakkan tu.
Lawak gila kan?Agak-agak lagi lawak dari nabil maharaja lawak tak?
Oh btw,aku redha sebab aku pun masih mentah lagi dalam dunia blogger ni.

Nak try juga?klik link kat bawah ni.

credit kepada Nabila Medan .

Kbai~

Alhamdulillah.

Assalamualaikum..
Pagi semua..Eh pagi?
-.-'
Dah,untuk entry ni aku tak nak tulis berjela-jela,cukuplah sekadar menyampaikan perkara yang berkaitan tajuk kat atas tu.
Cu tengok bawak ni :



See!Hari ni dah cukup sebulan umur blog ni.Alhamdulillah.
Walaupun harapan aku tak tercapai untuk memiliki 100 followers dalam masa sebulan,tapi aku cukup berpuas hati.
Sekurang-kurangnya masih ada yang sudi follow blog tak seberapa ni.
Aku minta maaf sebab blog aku tak awesome macam blog lain,dari segi rupa,aku tak pandai sangat nak edit-edit ni.
Masih dalam pembelajaran.
Dari segi entry pula,ku akui memang kebanyakkan entry aku tak berfaedah.
Asyik cerita pasal hidup aku yang memang nyata forever bosan.
Dari segi bahasa pula,weee aku memang mengaku awal-awal lagi bahasaaku berterabur.
Ayat pula macam orang tak sekolah.
Paling penting,panggilan yang aku guna (Aku kau)Maaf!Tapi nilah aku.
Aku tak nak jadi orang lain walaupun aku tahu ramai gila tak suka dengan diri aku ni tapi nilah lumrah hidup.
Kita buat baik orang tak suka,kita buat jahat lagilah orang tak suka.
Dan soal follow mengfollow ni,bila korang dah follow aku,tapi aku tak follow korang balik,tu tak bermakna aku tak sudi.
Kadang-kala aku terlupa nak check kat Kotak membebel aku tu,so terjadilah perkara sedemikian.Muehehe
Oh btw,bila korang dah follow aku,tolong tinggalkan jejak,dan jangan risau,aku akan follow balik.
Bukan sebab aku nak bajet baik mentang-mentang followers masih sikit,tapi aku nak hargai orang yang support aku.
Korang tak tahu betapa bermaknanya bila ada yang sudi follow aku,rasa macam bermakna gila hidup aku.*Oh bajet*
Fuyooo!Panjang giloss entry ni padahal awal-awal lagi cakap tak nak tulis panjang-panjang .

Kbai~

Sunday, April 28, 2013

Weh!Jom join segmen ni!Cepat!

Assalamualaikum..



Hello awak-awak semua.
Awak tahu tak tadikan,saya lepak dekat laman Amazing blogging kat muka buku,tiba-tiba saya ternampak ada seorang blogger ni buat satu segmen..
Awak tahu tak betapa menariknya segmen tu..
OMG!
Tanpa menunggu lama saya terus buka dia punya blog then tengok tarikh tamat segmen tu.
Lepas tengok je,saya terus buka sepuluh jari saya dan mengira hari ni berapa hari bulan.
Bila saya hitung-hitung,oh rupanya harini 28 april.
Dengan kehampaan yang melanda,saya pandang balik tarikh tu,tarikh tamat dia 29 april,tepat 12 tengah hari,so saya kata,ahh takda rezeki.
Tiba-tiba baru saya tersedar,rupa-rupanya saya masih berpeluang untuk join.
Dalam hati terdetik
 "Kenapalah aku ni bangang sangat?"
Terus saya penuhkan syarat segmen tu.Lepas dah settle,saya terus bagi link blog saya.Alhamdulillah,semua dah settle.
Sorry,harini aku mengedik sikit.Guna awak saya bagai.Oh pengsan moyang cu oi.
Sebenarnya tujuan aku post entry merapu ni sebab aku nak bagitahu koranglah.Manalah tahu kot-kot ada yang tertarik ke kan?Yelah biasanya kalau kita join mana-mana segmen,kita kena buat entry kan?Tapi segmen ni tak payah.Best kan?
Oh okeylah,aku dah nak stop merapu.Jomlah weh kita meriahkan segmen ni!Nanti blog kita akan review weh!Siapa tak nak?

Hah!Jom ke blog tu sekarang!

Oh btw,aku sarankan kepada sesiapa yang belum join group Amazing blogging dekat muka buku,dijemput sekarang sebab kebanyakan blogger akan umumkan segmen/contest kat situ?
*Betul ke?*
Alang-alang tu,sila add aku kat muka buku eh..Hehe promote jap.
Nadia shudin

Kbai~

SEGMEN : AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER

Assalamualaikum..
Wah!Join lagi!


Click banner untuk join .



Sejarah asal usul mee segera .

Assalamualaikum.



Korang pernah makan mee segera tak?Atau lebih dikenali sebagai maggie.
Pernahkan?Hah!So korang tahu ke dari mana asal usul maggie ni?
Aku?Baru je tahu tadi.Dulu aku melantak je.Tak pernah terfikir nak ambil tahupun dari mana maggie ni datang.Sejak bila dan blablabla.
So jom kita selidik sikit asal usul maggie ni.

Berasal dari :
Jepun yang dikenali sebagai ramen.
Idea sejak :
Zaman dinasti qing di china.
Mi yimian digoreng supaya boleh disimpan dalam jangka masa yang lama dan mudah disediakan.
Dicipta di jepun oleh :
Usahawan jepun berketurunan taiwan,Momofuku dan pengasas syarikat nissin foods.(salah satu pengeluar mee segera terbesar pada waktu tu)
1958 :
Nissin melancarkan mee segera pertama di dunia iaitu Chikin ramen (Perisa ayam) di osaka.
1971 :
Mee cawan (styrofoam) diperkenalkan oleh Nissin.
Seterusnya :
Menambah sayur-sayuran kering di dalam cawan sehingga terciptanya hidangan sup lengkap.

Aceceh,tiba-tiba teringat time buat nota penting zaman sekolah dulu.Huwaa rindu.
Kbai~

Blogskin

Assalamualaikum.



Wah awal gila kot aku update.Biasanya waktu pagi macam ni membutalah kerjanya.
Hok aloh~
Sebenarnya dari semalam lagi KOT aku terfikir pasal entry ni.
Punyalah rajin cari idea nak taip kat sini,tuptup terkeluar tajuk kat atas tu.
Mula-mula memang tak tahu langsung nak tulis apa yang ada kaitan dengan tajuk tu,yelah,takkan nak tibai je merapu tanpa tujuan.
Nanti tak pasal-pasal kena reject dari dunia blogger.Kstop merapu.
Back to the topic,
aku sebenarnya teringin GILA nak cuba blogskin tapi aku tak pro lagi dalam bab-bab coding ni.Aku tengok cam comel je blog yang guna blogskin ni.
Kemas dan tak serabut.
Tapi tu tak bermaksud blog orang yang tak guna blogskin ni tak kemas,malahan aku memang banggalah siapa yang tak guna blogskin tapi dia punya blog kawkaw gitu.
Bukan senang tau.
Semalam,malam kelmarin or kfine tak ingat bila,aku ada google pasal blogskin ni.
Ni yang aku jumpa :

Kekurangan :
Susah nak tambah gadjet baru.
Link list tidak berfungsi.
Tutorial untuk pengguna blogskin kurang.

But,kelebihan pun ada okey.
Contohnya loading cepat,comel,kemas dan mudah diaplikasi.

So kepada semua pengguna blogskin,tahniah kerana anda berjaya menggunakan sesuatu yang sukar.Wah kelaslah kau jah !

Hanya sekadar pandangan.
Ingat,sesuatu benda tu pasti akan ada kelebihan dan kekurangan.
Kepada sesiapa yang teringin gila sampai kalau tak buat rasa nak mati je,anda dipersilakan.
Aku bukan nak patahkan semangat pengguna dan bakal pengguna blogskin,tapi aku nak berkongsi je.
Jangan tiru aku yang forever pemalas ni.
Sumpah malas nak main-main dengan coding bagai.
Mybe dalam 20 tahun akan datang baru aku tunaikan impian aku untuk guna blogskin .

Kbai~

Saturday, April 27, 2013

Alasan famous kenapa free hair menjadi pilihan

Assalamualaikum..
Korang perasan tak sesetengah perempuan yang free hair selalu je judge perempuan bertudung kan?Tapi tak semualah.Biasanya nilah ayat-ayat yang keluar dari mulut diorang.


  • "Eh,perempuan yang bertudung tu tak semestinya akan masuk syurga okey!"
Dear,meh nak bagitahu,memang perempuan yang pakai tudung tu tak semestinya masuk syurga tapi at least diorang berusaha juga nak gapai syurga ALLAH berbanding perempuan free hair yang dah terang-terang berusaha nak gapai neraka ALLAH.
  • "Kitorang cantik okey,body pun tiptop gitu,rambut lembut bak sutera hah so untuk apa kitorang balut-balut?Rugilah.Nanti bila dah tua,kitorang tutuplah."
Wah!Bajet dah tahu bila nak matikan?Haiyo,pernah dengar tak orang cakap mati tu bila-bila masa je boleh datang.Tak payah nak tunggu tua bagai.
  • "Hello!Yang duk tutup aurat tu sebab diorang punya body macam nangka.So diorang malulah nak tunjuk.Padahal dalam hati diorang tu teringin gila nak pakai seksi-seksi macam kitorang,free hair,colour rambut warna pink,hijau like we olls ni."
Yeh!Memang perempuan bertudung ni teringin nak pakai macam korang,tapi mereka teringin nak pakai macam tu kat syurga.Sebab tu mereka berusaha memenuhi tuntutan agama.

  • "Seru!Yup!We olls free hair sebab seru tak sampai lagi.Bila seru dah sampai,kitorang pakailah.Tak reti nak sabar ke?Huh!"

Haih!Nak tunggu seru dari mana sayang oii?Langit ke?Padahal setiap hari seru tu datang.Tak percaya?Hah dalam ceramah tu serulah awak oit..

  • "Korang tak tahu,i pakai macam ni sebab arahan bos i tau.Nanti kalau i tak ikut,macam mana i nak kerja?Jangan nak judge i sesuka hati u boleh tak?Geram i !"
Woitt!Syurga tu siapa punya?Bos kau ke ALLAH?ALLAH kan?So kau kenalah patuh dengan ALLAH,bukan Bos sememeh kau tu.Ada dia cakap nak tolong kau dekat akhirat nanti ke?Bajet !
  • "Banyak manapun dosa i dengan ALLAH,tu tak ada kaitan dengan u,btw i nak tanya,u ambil kisah pasal i ni ,dosa u dah settle ke dengan ALLAH?" 
Hai sayang,nak tanya ni,berani ke nak jawab macam tu depan ALLAH nanti?Oh i nak ingatkan u ye,kita ni saudara seagama,wajib nasihat-menasihati.
  • "Apapun yang i pakai,i tak susahkan sesiapa okey!Dosa i tanggung sendiri.So pleaselah jangan nak menyibuk!"
Awak sedar tak yang dalam diam awak dah tarik ayah,abang,adik lelaki awak tu masuk neraka dengan awak.Nak tahu kenapa?Sebab mereka gagal bimbing awak supaya patuh dengan agama.Awak tak kesiankan mereka ke?
  • 'U jangan ingat bila u tengok perempuan free hair macam i ni tak solat.I ni solat 5 waktu tak tinggal langsung tau."
Hei u,syurga tu mahal tau.Kalau solat je tak cukup nak jamin kita masuk syurga.
  • "U ni overlah!I pakai macam ni pun u kata seksi.Oh pleaselah,ni dah normal,tak seksi langsung.Setakat tayang rambut ni apalah sangat.Small matter je ."
Tahu tak,kalau kita dedah sehelai rambutpun kepada lelaki ajnabi sudah terlampau besar dosanya,apatah lagi kalau sekepala.
  • "Hey!Ni zaman modenlah,orang sekarang ni dah up to date!Tudung-tudung ni oh sorrylah.Memang kolot tau kalau tutup kepala dengan tudung ni.Baik free hair,baru orang pandang!"
Bhahaha kelakarlah kau ni!Dah kalau kau rasa tutup kepala dengan tudung ni kolot,why not kau tutup kepala dengan baldi?Nak tak sayang?Ohya,bila kau free hair,memang ramai yang pandang,tapi mereka pandang kau dengan pandangan negatif tau.

Hanya sekadar perkongsian .credit kepada ??? 

Kbai~

Thursday, April 25, 2013

Segmen Mega 3000 Follower By Blog 3 Dalam 1

Assalamualaikum ..
Tengok tajuk segmen kat atas tu,awesome giloss kan?
Haaaah!tu yang buat aku terlebih xsited nih.
Aku punya semangat nak join segmen ni membara-bara even internet dah macam biawak obesiti kena tembak dengan komunis dah.

 *Sila tekan banner untuk join*

Oh btw,apa yang aku nak berkenaan dengan segmen ni kan?

Ya allah,dah terang tak payah nak suluh-suluh lagi aku nak followers aku meningkatlah..
Sambil-sambil tu aku nak juga kenal-kenal dengan blogger lain.

Dah!Amacam best tak pengenalan aku?Biawak ada,komunis ada hah pendek kata macam-macam ada.
*Ksorry sebenarnya aku tak pandai nak buat ayat pengenalan bagai.Tak pecaya sila call cikgu BM aku sekarang!Whatever -.-' *

Syarat-syarat segmen ni aku dah patuhi.
So bai~

Wednesday, April 24, 2013

Jom check jantina laptop masing-masing !

Assalamualaikum.



Korang dah tahu ke laptop korang lelaki ke perempuan ?
Aku punya laptop lelaki.Muahaha .
 Aku baru je tahu tadi.Dapat tahu ni pun dari blog Cik Tom .
Kalau korang nak tahu,jomlah kita check sekarang !

Korang buka notepad korang then paste ayat bawah ni dalam notepad tu:

CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

Bila dah paste tu,korang save dan tukarkan "save as type" = "all files" .
Dekat file name tu korang tulis "love u.vbs" ye .
Lepas dah siap korang save je.
Dah save kan?
So sekarang korang pergi dekat file yang korang save tadi (love u.vbs),tekan double click.
Korang akan dengar suara sebut "i love u".
Dengar betul-betul suara lelaki ke perempuan .
Siap!

p/s:Sorry ayat macam keling sikit .


Jom terjah blog Cik tom sekarang !

Tuesday, April 23, 2013

Followers + Pageviews + Jodoh + Ibu = fuyduhjkhboi

Assalamualaikum..
Hai uolls ..
Kelas tak tajuk entry ni?*Muahaha gelak zombie*
Baru sekarang aku berpeluang nak merapu entahpape kat blog sendiri sebab dari pagi lagi aku sibuk blogwalking sana sini.
Dan dan dan Alhamdulillah hari ni blog aku dah ada lebih daripada 50 followers dah.
*Lebih 1 je pun -.-" *
Pageviews hari ni pun dah mencecah 100.Mybe sebab aku banyak join segmen KOT.Apapun Alhamdulillah..


Tak tahu kenapa tetiba je aku terfikirkan jodoh aku.Siapa dia eh?
Dia tengah buat apa sekarang?
*Mohon Mama aku tak baca!Kalau tak mahunya dipinang jiran sebelah buat suami aku .OhNo!*
Aku tahu budak bawah umur macam aku ni tak patut nak fikir-fikir pasal benda cenggitu lagi tapi.....Japjap!Aku budak bawah umur ke?Whatever -,-
Aku dah tak tahu nak merepek apa dah.
Sebenarnya aku tak sabar nak tunggu panggilan upu ke ipg ke apa sebab aku memang dah lama nak merasa hidup di Universiti ni.
Tapi kalau aku tak berjaya masuk ipg aku ingat nak masuk form 6 sebab orang cakap senang nak jadi cikgu kalau masuk form 6 asalkan study betul-betul kasi dapat 4 flat.
Tapi aku nak masuk U !
Semalam Mak aku nasihat aku supaya cari kawan betul-betul bila dah masuk U nanti.Aku tahu dia risaukan aku sebab seumur hidup aku tak pernah pergi jauh lelama dari dia.Aku duduk asramapun cuma time ada kem.Tetiba jadi berat hati nak pergi belajar jauh-jauh tapi nak buat acanorkan,dah lumrah budak nak sambung belajar.
 Apapun aku harap aku dapat tunaikan impian Mak aku !
MENJADI SEORANG GURU .
Amin~

Kata orang apapun yang ingin kita lakukan pastikan ianya mendapat restu dari seorang ibu.

Kbai .


2# Segmen 24 Jam by Ina

Assalamualaikum..


Tekan SINI untuk join !

Segmen : I Love You Mom !

Assalamualaikum..
Tadi masa aku jalan-jalan kat blog kengkawan,tetiba mata aku terpandang segmen ni.
Tak fikir panjang-panjang,aku terus join sebab aku tertarik dengan tajuk segmen ni.Lain dari yang lain .Dah takmo cakap banyak,meh nak start .


"Ma,i love you !Kakak rasa ma wanita yang paling kuat sebab ma boleh jaga anak ma dengan baik lepas ayah meninggal.Kakak tak pernah dengar ma mengeluh even kakak tahu ma penat.Ma,kakak janji akan penuhi impian ma untuk melihat salah seorang anak ma menjadi guru walaupun sebenarnya cita-cita kakak berbeza dengan impian ma.Kakak akan cuba sedaya upaya untuk bahagiakan ma !I love you ma!!!Thanks sebab telah lahirkan kami semua!Your love is my spirit!"
p/s:Muahaha tetiba air mata mengalir .

Oh btw kalau nak join sila tekan SINI

Kbai~

Monday, April 22, 2013

Segmen Bloglist Tambah Follower PariPariPutih

Assalamualaikum..
Aku join segmen ni.


Dah follow blog akak :D
Nadia followers yang ke 1601 .

Nak join?Tekan SINI cepat !
Tarik tutup4 mei ni.

Ktataaaa~

Saturday, April 20, 2013

SEGMEN: KAMI & BLOG AWAK!

Assalamualaikum..

Segmen ini dijayakan oleh CCK, Aisya Humaira, FizGraphic dan Cik Lyeen

Tekan SINI  untuk join !


Molicious Giveaway By Nurul Ezatee

Assalamualaikum ..
Segmen again >_<


Tekan SINI untuk join !

Tarikh tutup :

27 April 2013 .

Segmen template paling cantik,kemas dan ringan 2013

Assalamualaikum .
Join segmen ni !Lalalala :D


Nak join?
Tekan SINI cepat !

Tataaaa~

Fakta yang mungkin korang tak tahu .

Assalamualaikum.
Woot woot~korang,jomlah baca ni.
Boleh hilangkan stress kot~


FAKTA YANG MUNGKIN KORANG TAK TAHU :


  •  Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak. 

  • Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan. 

  • Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan. 

  • Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan. 

  • Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.  

  • Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi. 

  • Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera. 

  • Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.  

  • Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
Acanor?okey tak?
Kbai ~

Contest Blog Super Kawai by Bubu

Assalamualaikum..
Wah!Lama kot tak update blog.Winkwink~
Edit blog punya pasallah.
Orang lain edit blog tak sampai satu haripun,tapi aku?
Berhari-hari ok.
Kstop,malas nak membebel panjang lebar.
Jom2,kita join Contest ni ramai-ramai kasi meriah sikit !
Tengok banner omey kat bawah ni cepat !


Mangsa tag aku ialah :

dan

Nak join?Sila tekan SINI .
Siap!
Tataaaaa~

Wednesday, April 17, 2013

Segmen : Tambahkan Followers Sambil Berkenal-kenalan #2

Assalamualaikum and hai ..
Kalini aku nak join segmen ni pula.
Muahahhahahahaha.*gelak syaiton*
 
Dah follow,dah add and dah like.
So kira semua syarat dah lulus .
 
List followers Nadia?
Oh ada ada.
siap printscreen lagi.
ni dia :
 
 
Tadaaaaa!kfine tak ramai pun -.-'
Siap!
 
Kalau nak join sila tekan SINI .
 
ktataaa~
 
 
 


Sunday, April 14, 2013

Segmen: Iyraa Cariyno Mencari Follower

Assalamualaikum..
Time jenjalan kat blog kengkawan tadi tiba-tiba ternampak segmen.
So joinlah jawabnya !
 
 
 
Nak join?Klik SINI !
 
kbaibai~


Thursday, April 11, 2013

"Small Giveaway #3 by Ninaa"

Assalamualaikum..
Aku join segmen nilah!
 
 
Nak join sama?Tekan SINI !
 
Kbaii~


Saya mahu review blog korang

Assalamualaikum......
Aku join :
 
 
Nak join?Tekan SINI !
 
Tarikh tutup
15 APRIL 2013

 
Kbaii~

Kenapa tak boleh join GA ?

Assalamualaikum..
Heyheyhey..
Tertanya tanya berkenaan tajuk besar gedebah macam gajah kat atas tu?
Ohhh,itu...
Sebenarnya aku dapat jemputan untuk join GA.
Tak pecaya?
Nah tengok kat bawah ni!
Siap buat printscreen lagi sebagai bukti :


 
Terharu aku bila ada yang sudi jemput aku join GA.
Bila dah dijemput tu,kemainlah aku semangat nak join..
Tapiiii............................
Tak bolehlah..
Bila aku buka je link yang diberi,,
kosong je yang keluar..
limaplohlimaribu kali aku tekan refresh tapi haram nak okey..
Akupun tak tahu kenapa internet nak mogok bagai dengan aku.
Padahal aku setia giloss dengan dia.
Bab merapu sudah maii~
 
But but but,,
Selagi tak tutup GA tu,Selagi tu aku akan try join..
Tapi maaf sekiranya tetap tak berjaya..
 
 
Jomlah awak awak join sekali..
 
Ni link dia :

 LINK !

Kbaiii~


Sunday, April 7, 2013

Untuk bakal imam saya :D

Assalamualaikum..
 
singgah kejap je.
Nak tuju ni untuk my future imam.
Semoga awak baca >_<

Klik pada gambar untuk tumbesaran yang melampau!
 
 
P/S:IMISSMYFUTUREIMAM!

 

Saturday, April 6, 2013

Benar dan seram ! AWAS!!

Assalamualaikum ..
Fuh!Letih kot menanti blog ni loading.
Hampir hampir je nak jadi gila,nasib baik tak jadi.
Malam ni macam takde cerita best je..So terpaksalah aku rajinkan diri buka blog ni then menangis bagai nak gila bila tengok follower aku yang masih tak berubah.
Patah seribu bercampur dengan remuk hati ku~
KGELI!
K jom aku ada cerita seram yang nak share dengan korang!
 
 
 
JOMM!!
Tadi kankankan,dekat area perumahan aku ada orang xsiden.Akupun baru tahu masa bonda aku nak hantar aku pergi rumah nenek aku.Aku memang lemah kalau bab bab tengok benda cenggitu.
Bila sampai je rumah nenek aku,tak sempat eden nak pijak kaki kat lantai dalam rumah,nenek aku dah buka cerita pasal xsiden tu.
nenek aku cakap sorang yang xsiden tu terus meninggal.yang sorang lagi okey.
Nak tahu apa yang aku fikir time tu?
Aku fikir camni :

"Tempat xsiden tu dekat je dengan area rumah aku dan nenek aku,so mesti aku akan nampak benda bukan bukan.Oh hantu,jangan kau kacau aku!"

 
Aku tahu aku tak patut fikir macam tu tapi entahlah nak buat macam mana dah terfikirpun.
Tempat xsiden tu tempat yang selalu aku lalu so mulai sekarang aku memang tak nak lalu situ lagi!Takmao takmao takmao!
 
Seram tak cerita aku?Aku rasa kalau aku cerita pasal bonda aku bila mengamuk mahunya korang lagi seram sampai tak berani nak tidur sorangsorang kan?
Sebab tu aku tak nak cerita.
 
kbaiii~


Thursday, April 4, 2013

Oh dunia makin panas !

Assalamualaikum..
Rindu aku tak?
(Hek eleh!Tadi baru update!Bajet je lebih! =_=")
 


 
Tadi aku ada benda nak tulis kat sini tapi bila tekan je huruf A terus semua idea idea tu hilang dari kepala.
Sepatah harampun aku tak ingat so terpaksalah aku membebel tanpa sebarang motif.
Nak tulis pasal hal ehwal duniapun aku tak tahu langsung apa yang terjadi sekarang.
Serius aku cuma tahu tak lama lagi nak mengundi lepastu sekarang orang tengah sibuk kira tarikh sebab tak sabar nak balik kampung makan durian sambil sambil lepak kat kedai pak Aji minum kopi borak itu ini gosip sana sini sampai naik jenuh tangan pak Aji buat kopi.
Haisshhh!Dunia dunia!
 
Hah!sebut pasal dunia ni aku jadi teringat balik apa yang aku nak cakap tulis tadi.
Aku cuma nak tulis yang dunia sekarang ni makin panas sampai kucing akupun asyik berpeluh.
Kfine aku tipu.
Betullahkan dunia sekarang ni makin panas.
Kat kelantan ni langsung tak hujan sampaikan rumput pun dah macam kena racun.
Aku tahu dalam diam mak aku sedih sebab pokok bunga dah macam takde harapan nak sembuh.
Tapi hati aku okey je sebab lepas ni aku dah tak payah siram pokok bunga.
Yaaa aku memang malas okey!
Ku akui~
 
Tempat korang macam mana?Tak panas ke?Hujan tak?
Kucing korang tak berpeluh ke?
 
Ok bai~

Tuesday, April 2, 2013

Test kereta tadi !

Hey hey hey! Assalamualaikum eberibadi!



Seperti yang telah kalian sedia maklum,hari ni aku test kereta.And how?
Lulus dua dua ke babe?
Yeh!Aku happy weh sebab aku tak lulus dalam litar.Adakah eden gilo?Oh tidak tidak.
Cuma mungkin kurang waras sedikit sahaja.
Aku happylah sebab impian aku nak buat abang yang ajar aku bawak kereta tu muntah muntah sebab terlampau muak melihat aku eberiday akan tertunai.
Wiwiwi~
Btw,semalam aku dengar cerita abang tu buat sujud syukur disertai dengan majlis kesyukuran sebab dah terlepas dari mengadap muka aku ni.

Hum meh nak cerita pasal test tadi pula okey.Korang wajib baca kalau tak aku takmo kawan dah!
(Oh Alhamdulillah!Akhirnya akan unfriend dengan Nadia!)

Aku tulis ringkas ringkas jelah eh?Malas nak taip panjang lebar sampai duaplohduajuta ayat bagai sebab aku tahu bukan ada orang baca pun.

Aku tak lulus dalam litar sebab time nak turun bukit tu aku tergerak ke BELAKANG dan bukannya DEPAN.

Aku lulus dekat jalan raya sebab abang JPJ tu taknak mengadap muka aku lagi.So dia bagi aku lulus cepat cepat.

Itu sahaja untuk entry ni.

Baibai~

Monday, April 1, 2013

Kesan tinggal solat kepada ibubapa yang telah meninggal.

Assalamualaikum..
Aku singgah kejap je.Tu pun sebab nak share sometime.
Lepas share aku akan terus blah supaya korang aman tanpa sebarang gangguan dari aku.
Sebenarnya aku malas nak share sebab aku rasa korang dah tahu,tapi hati aku tetap memberontak nak share sampai nangis nangis hentak kaki kat lantai.
(Hati ada kaki ke?)

Demi keamanan sejagat,akupun terpaksalah rajinkan jari ni menaip sepatah dua ayat.
Apa yang aku nak share ni untuk kebaikan dunia akhirat juga,so insyaallah dapat pahala.
(Oh pleaselah stop membebel panjang lebar!Cepatlah tulis apa yang kau nak share tu!)



Akupun dah tak ingat kat mana aku baca pasal ni sebab dah lama sangat.
Ada ayat yang mengatakan apa yang akan terjadi kepada mak ayah kita yang dah meninggal dunia jika kita tinggal solat even cuma satu waktu.

Ayat tu lebih kurang macam nilah:
Setiap kali kita tinggal solat walaupun cuma satu waktu,setiap kali tu jugalah Allah halakan api/batu api dari neraka sekilas kat depan muka mak ayah kita sebagai tanda peringatan.

Ku temui cinta baru .

Assalamualaikum ..
Apesal tajuk macam gedik je?
Hehehe~saja nak mengedik sekejap.
Seperti yang kalian sedia maklum melalui tajuk kat atas tu,yeh!Memang aku dah jumpa cinta baru.
Sampai sampai aku curang dengan cinta lama.Maaf sayang,aku dah tawar hati dengan kau.Aku nak break tapi bila fikir fikir balik aku sayang nak tinggal kau.



Kau yang buat aku jumpa kawan lama aku.Kau yang selalu teman aku time aku bosan.Kau tempat aku cerita macam macam sampai kau jadi pekak canggini.Tapi sorry sayang,hati aku bukan untuk kau lagi.Hati aku dah diambil yang lain.Aku dah jatuh jantung hati kat dia.Dia buat aku rasa lebih selesa.Sekarang ni aku cuma tunggu masa untuk minta break dengan kau.Aku nak fikir betul betul dulu.Kita dah lama bersama kan?Sejak aku form 4 lagi.Mesti kau bosan bila aku takde.Aku cakap cam tu sebab aku ada bukti.Kau selalu email aku kan sayang.Tapi habukpun aku tak baca.Aku terus remove.
Malas lol nak baca.

Wahai sayangku FACEBOOK,aku minta maaf sebab BLOG dah curi hati aku.

Hehehe~Bloglah cinta baru aku.Sekarang ni aku makin malas nak on FB.Kalau aku buka pun kejap kejap je sampai semalam aku lupa nak log out akaun FB.Tadi bila buka je terus masuk kat wall aku.
Dengan bodohnya aku berkata

"Weh!Orang gila mana pula buka FB aku?"

Rupa rupanya orang gila tu aku sendiri.Oh kesian!
Patutlah berjuta juta mesej/comment/wall post dengan sakannya datang berkumpul kat FB aku macam iklan kak Ton tu.Comel tak Kak Ton?Ok stop!

Okey,itu saja!
Baibai~
 

1st Giveaway by LINA'S JOURNEY

Assalamualaikum~
Tadi time tengah usha usha blog orang tiba tiba aku ternampak satu segmen.Lantas hatiku berkata

"Join nak weh?Okey jom!"

Segmen apa?Tengok bawah!


 

hai semua harini aku rasmikan 1st giveaway from LINA'S JOURNEY
hadiah menarik akan diberikan. 5 pemenang dicari
klik banner untuk join


 

senarai hadiah:
2 helai A dan 2 helai B
1 hadiah misteri

giveaway berlangsung dari 26/3/2013-16/4/2013

syarat:
  • Blogger Malaysia
  • follow blog LINA'S JOURNEY dan like fanpage BLOG LINA'S JOURNEY
  • buat entry bertajuk "1st Giveaway by LINA'S JOURNEY" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  • tinggalkan link entry anda di kotak komen

apa yang penting!
  •  pemilihan pemenang berdasarkan TOP REFERRAL
  • giveaway ini akan terbatal jika peserta tidak melebihi 50 peserta
  • peserta yang tidak ikut syarat senang diatas, serta merta n automatik BATAL!!

Hah!Nak join?Apa lagi tekanlah banner tu!Hok aloh!

Sunday, March 31, 2013

Segmen: 300 bloggers

Assalamualaikum..
Segmen lagi..
Lalalala~
Segmen apa?Hah!Tengok banner kat bawah ni :


 Hah!Amacam?Nak join sama?
Okey,meh tekan SINI!

Tarikh tamat:

3/APRIL/2013