Saturday, April 27, 2013

Alasan famous kenapa free hair menjadi pilihan

Assalamualaikum..
Korang perasan tak sesetengah perempuan yang free hair selalu je judge perempuan bertudung kan?Tapi tak semualah.Biasanya nilah ayat-ayat yang keluar dari mulut diorang.


  • "Eh,perempuan yang bertudung tu tak semestinya akan masuk syurga okey!"
Dear,meh nak bagitahu,memang perempuan yang pakai tudung tu tak semestinya masuk syurga tapi at least diorang berusaha juga nak gapai syurga ALLAH berbanding perempuan free hair yang dah terang-terang berusaha nak gapai neraka ALLAH.
  • "Kitorang cantik okey,body pun tiptop gitu,rambut lembut bak sutera hah so untuk apa kitorang balut-balut?Rugilah.Nanti bila dah tua,kitorang tutuplah."
Wah!Bajet dah tahu bila nak matikan?Haiyo,pernah dengar tak orang cakap mati tu bila-bila masa je boleh datang.Tak payah nak tunggu tua bagai.
  • "Hello!Yang duk tutup aurat tu sebab diorang punya body macam nangka.So diorang malulah nak tunjuk.Padahal dalam hati diorang tu teringin gila nak pakai seksi-seksi macam kitorang,free hair,colour rambut warna pink,hijau like we olls ni."
Yeh!Memang perempuan bertudung ni teringin nak pakai macam korang,tapi mereka teringin nak pakai macam tu kat syurga.Sebab tu mereka berusaha memenuhi tuntutan agama.

  • "Seru!Yup!We olls free hair sebab seru tak sampai lagi.Bila seru dah sampai,kitorang pakailah.Tak reti nak sabar ke?Huh!"

Haih!Nak tunggu seru dari mana sayang oii?Langit ke?Padahal setiap hari seru tu datang.Tak percaya?Hah dalam ceramah tu serulah awak oit..

  • "Korang tak tahu,i pakai macam ni sebab arahan bos i tau.Nanti kalau i tak ikut,macam mana i nak kerja?Jangan nak judge i sesuka hati u boleh tak?Geram i !"
Woitt!Syurga tu siapa punya?Bos kau ke ALLAH?ALLAH kan?So kau kenalah patuh dengan ALLAH,bukan Bos sememeh kau tu.Ada dia cakap nak tolong kau dekat akhirat nanti ke?Bajet !
  • "Banyak manapun dosa i dengan ALLAH,tu tak ada kaitan dengan u,btw i nak tanya,u ambil kisah pasal i ni ,dosa u dah settle ke dengan ALLAH?" 
Hai sayang,nak tanya ni,berani ke nak jawab macam tu depan ALLAH nanti?Oh i nak ingatkan u ye,kita ni saudara seagama,wajib nasihat-menasihati.
  • "Apapun yang i pakai,i tak susahkan sesiapa okey!Dosa i tanggung sendiri.So pleaselah jangan nak menyibuk!"
Awak sedar tak yang dalam diam awak dah tarik ayah,abang,adik lelaki awak tu masuk neraka dengan awak.Nak tahu kenapa?Sebab mereka gagal bimbing awak supaya patuh dengan agama.Awak tak kesiankan mereka ke?
  • 'U jangan ingat bila u tengok perempuan free hair macam i ni tak solat.I ni solat 5 waktu tak tinggal langsung tau."
Hei u,syurga tu mahal tau.Kalau solat je tak cukup nak jamin kita masuk syurga.
  • "U ni overlah!I pakai macam ni pun u kata seksi.Oh pleaselah,ni dah normal,tak seksi langsung.Setakat tayang rambut ni apalah sangat.Small matter je ."
Tahu tak,kalau kita dedah sehelai rambutpun kepada lelaki ajnabi sudah terlampau besar dosanya,apatah lagi kalau sekepala.
  • "Hey!Ni zaman modenlah,orang sekarang ni dah up to date!Tudung-tudung ni oh sorrylah.Memang kolot tau kalau tutup kepala dengan tudung ni.Baik free hair,baru orang pandang!"
Bhahaha kelakarlah kau ni!Dah kalau kau rasa tutup kepala dengan tudung ni kolot,why not kau tutup kepala dengan baldi?Nak tak sayang?Ohya,bila kau free hair,memang ramai yang pandang,tapi mereka pandang kau dengan pandangan negatif tau.

Hanya sekadar perkongsian .credit kepada ??? 

Kbai~

No comments:

Post a Comment

Hai awak!
Jom komen sikit .Winkwink~
Tataa~