Monday, April 1, 2013

Kesan tinggal solat kepada ibubapa yang telah meninggal.

Assalamualaikum..
Aku singgah kejap je.Tu pun sebab nak share sometime.
Lepas share aku akan terus blah supaya korang aman tanpa sebarang gangguan dari aku.
Sebenarnya aku malas nak share sebab aku rasa korang dah tahu,tapi hati aku tetap memberontak nak share sampai nangis nangis hentak kaki kat lantai.
(Hati ada kaki ke?)

Demi keamanan sejagat,akupun terpaksalah rajinkan jari ni menaip sepatah dua ayat.
Apa yang aku nak share ni untuk kebaikan dunia akhirat juga,so insyaallah dapat pahala.
(Oh pleaselah stop membebel panjang lebar!Cepatlah tulis apa yang kau nak share tu!)



Akupun dah tak ingat kat mana aku baca pasal ni sebab dah lama sangat.
Ada ayat yang mengatakan apa yang akan terjadi kepada mak ayah kita yang dah meninggal dunia jika kita tinggal solat even cuma satu waktu.

Ayat tu lebih kurang macam nilah:
Setiap kali kita tinggal solat walaupun cuma satu waktu,setiap kali tu jugalah Allah halakan api/batu api dari neraka sekilas kat depan muka mak ayah kita sebagai tanda peringatan.

No comments:

Post a Comment

Hai awak!
Jom komen sikit .Winkwink~
Tataa~