Thursday, September 7, 2017

TEKNIK GOSOKAN

TAHUKAH ANDA APA ITU GOSOKAN ?







 UNTUK MENGHASILKAN GOSOKAN, ANDA PERLU MENGGUNAKAN :



CONTOH KARYA YANG MENGGUNAKAN TEKNIK GOSOKAN

Hasil gosokan daripada pelbagai jenis permukaan menghasilkan corak yang menarik dan pelbagai










EHHHH..


😕
😕
😕
😕
😕
😕
😕
😕
😕
😕





BELUM HABIS LAGI YE ANAK-ANAK SEKALIAN .... 
😜😜



TEKAN SINI UNTUK PEMBELAJARAN SETERUSNYA  😗



ASAS SENI REKA PADA TEKNIK GOSOKAN

BENTUK

*      Bentuk berstruktur, lebih dari satu permukaan dan berjisim.
*      Ada dalam 2 bentuk iaitu bentuk ilusi dan bentuk konkrit.
·         Bentuk ilusi : Bersifat 2 dimensi ( dalam gambar sahaja, apabila sentuh  tak rasa )
·         Bentuk konkrit : Bersifat 3 dimensi ( bentuk sebenar, apabila sentuh akan  rasa ) 

bentuk ilusi teknik komputer grafik

bentuk ilusi teknik komputer grafik

bentuk ilusi teknik komputer grafik

bentuk ilusi teknik komputer grafik





JALINAN

*      Jalinan adalah keadaan sesuatu permukaan. Jalinan terbahagi kepada dua jenis iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak.
·         Jalinan sentuh : Kesan jalinan boleh dirasai apabila disentuh
·         Jalinan tampak : Kesan jalinan tidak dapat dirasai apabila disentuh, hanya  nampak di mata sahaja.

jalinan sentuh pada kulit durian

jalinan sentuh pada cengkerang

Jalinan tampak pada corak dinding

Jalinan tampak pada kulit tembikai



WARNA

*      Warna adalah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan. Warna terbahagi kepada 3 jenis iaitu warna asas/ utama/ primer, Warna sekunder, dan warna tertier.



·         Warna asas/ utama/ primer : Warna yang paling utama seperti warna merah, biru dan kuning. Warna ini tidak boleh dihasilkan dengan mencampurkan warna- warna lain.


·         Warna sekunder : Hasil warna yang wujud setelah mencampur warna-warna asas . Contohnya merah + biru = ungu, kuning + biru = Hijau.


·         Warna tertier : Hasil warna yang wujud setelah mencampur dua jenis warna sekunder seperti ungu + hijau.
  • *      Warna neutral adalah warna putih, hitam dan kelabu.

KEPELBAGAIAN


KEPELBAGAIAN DARI SEGI WARNA

KEPELBAGAIAN DARI SEGI BENTUK

§  Ciri-ciri yang pelbagai / gabungan pelbagai gaya, nilai dan idea




LAGU ASAS SENI REKA


" ASAS SENI REKA "


GUBAHAN RENTAK / MUZIK : TANYA SAMA POKOK


Asas seni reka
Ada dua benda
Benda yang pertama
Unsur-Unsur Seni
Benda yang kedua
Prinsip Rekaan

Mari sama-sama kita belajar seni
sebab seni itu
asas kerjaya..

Unsur seni pula ada 6 benda,
Benda yang pertama
Garisan namanya,
Rupa, Bentuk pula ikuti bersama…
Jalinan dan Ruang dan juga Warna..

Dunia seni juga
Ada 7 Prinsip..
Kepelbagaian, Harmoni, Kontra
Ritma dan Pergerakan
Menjadi Penegasan
Imbangan, Kesatuan
Gabung bersama…

ASAS SENI REKA ( PRINSIP REKAAN )

prinsip rekaan 💖

1.   HARMONI
§  Ada sifat persamaan dalam penggunaan unsur-unsur seni    

2.   KONTRA
§  Ada sifat bercanggah / bertentangan dalam penggunaan unsur-unsur seni

3.   PENEGASAN
§  Unsur yang menyerlah atau menjadi pemusatan/ tarikan
§  Mempunyai unsur kontra yang ketara

4.   KEPELBAGAIAN
§  Ciri-ciri yang pelbagai / gabungan pelbagai gaya, nilai dan idea

5.   PERGERAKAN
§  Wujud keadaan yang bergetar / bergoyang / beralun / ulangan objek / ulangan unsur yang sama dalam pelbagai saiz

6.   KESATUAN
§  Ada unsur kesamaan / keserasian / ulangan yang sistematik / tema yang sama, susunan / gubahan yang serasi

7.   IMBANGAN
         
§  Keadaan yang seimbang / berpadanan


ASAS SENI REKA ( UNSUR SENI )


unsur seni 💖

GARISAN

  •      Garisan adalah cantuman dua titik dari jarak tertentu.
  • *   Garisan boleh mencipta rupa, bentuk, jalinan, ton, corak, pergerakan dan ruang.
  • *   Terdapat pelbagai jenis garisan dan ia boleh dihasilkan menggunakan pelbagai media seperti pensil, pen, marker dan pensil warna.


RUPA

  • *   Rupa adalah garisan luar sesuatu bentuk
  • *  Terhasil apabila pertemuan antara penghujung garisan dengan permulaannya.
  • *  Terbahagi kepada 2 rupa iaitu rupa organik dan rupa geometri.



BENTUK

  • *   Bentuk berstruktur, lebih dari satu permukaan dan berjisim.
  • *   Ada dalam 2 bentuk iaitu bentuk ilusi dan bentuk konkrit.

·    Bentuk ilusi : Bersifat 2 dimensi ( dalam gambar sahaja, apabila sentuh                                                     tak rasa )
·         Bentuk konkrit : Bersifat 3 dimensi ( bentuk sebenar, apabila sentuh akan                                                            rasa )

JALINAN

  • *      Jalinan adalah keadaan sesuatu permukaan. Jalinan terbahagi kepada dua jenis iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak.

·         Jalinan sentuh : Kesan jalinan boleh dirasai apabila disentuh
·         Jalinan tampak : Kesan jalinan tidak dapat dirasai apabila disentuh, hanya               nampak di mata sahaja.



RUANG

  • *       Ruang adalah jarak antara objek.
  • *      Ruang terbahagi kepada dua jenis iaitu ruang fizikal dan ruang ilusi.

·         Ruang fizikal : Ruang di persekitaran objek 3 dimensi sebenar.
·         Ruang ilusi : Ruang dalam karya 2 dimensi sahaja.


WARNA

  • *      Warna adalah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan. Warna terbahagi kepada 3 jenis iaitu warna asas/ utama/ primer, Warna sekunder, dan warna tertier.

·         Warna asas/ utama/ primer : Warna yang paling utama seperti warna merah, biru dan kuning. Warna ini tidak boleh dihasilkan dengan mencampurkan warna- warna lain.
·         Warna sekunder : Hasil warna yang wujud setelah mencampur warna-warna asas . Contohnya merah + biru = ungu, kuning + biru = Hijau.
·         Warna tertier : Hasil warna yang wujud setelah mencampur dua jenis warna sekunder seperti ungu + hijau.
  • *      Warna neutral adalah warna putih, hitam dan kelabu.