Thursday, September 7, 2017

ASAS SENI REKA ( PRINSIP REKAAN )

prinsip rekaan 💖

1.   HARMONI
§  Ada sifat persamaan dalam penggunaan unsur-unsur seni    

2.   KONTRA
§  Ada sifat bercanggah / bertentangan dalam penggunaan unsur-unsur seni

3.   PENEGASAN
§  Unsur yang menyerlah atau menjadi pemusatan/ tarikan
§  Mempunyai unsur kontra yang ketara

4.   KEPELBAGAIAN
§  Ciri-ciri yang pelbagai / gabungan pelbagai gaya, nilai dan idea

5.   PERGERAKAN
§  Wujud keadaan yang bergetar / bergoyang / beralun / ulangan objek / ulangan unsur yang sama dalam pelbagai saiz

6.   KESATUAN
§  Ada unsur kesamaan / keserasian / ulangan yang sistematik / tema yang sama, susunan / gubahan yang serasi

7.   IMBANGAN
         
§  Keadaan yang seimbang / berpadanan


ASAS SENI REKA ( UNSUR SENI )


unsur seni 💖

GARISAN

  •      Garisan adalah cantuman dua titik dari jarak tertentu.
  • *   Garisan boleh mencipta rupa, bentuk, jalinan, ton, corak, pergerakan dan ruang.
  • *   Terdapat pelbagai jenis garisan dan ia boleh dihasilkan menggunakan pelbagai media seperti pensil, pen, marker dan pensil warna.


RUPA

  • *   Rupa adalah garisan luar sesuatu bentuk
  • *  Terhasil apabila pertemuan antara penghujung garisan dengan permulaannya.
  • *  Terbahagi kepada 2 rupa iaitu rupa organik dan rupa geometri.



BENTUK

  • *   Bentuk berstruktur, lebih dari satu permukaan dan berjisim.
  • *   Ada dalam 2 bentuk iaitu bentuk ilusi dan bentuk konkrit.

·    Bentuk ilusi : Bersifat 2 dimensi ( dalam gambar sahaja, apabila sentuh                                                     tak rasa )
·         Bentuk konkrit : Bersifat 3 dimensi ( bentuk sebenar, apabila sentuh akan                                                            rasa )

JALINAN

  • *      Jalinan adalah keadaan sesuatu permukaan. Jalinan terbahagi kepada dua jenis iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak.

·         Jalinan sentuh : Kesan jalinan boleh dirasai apabila disentuh
·         Jalinan tampak : Kesan jalinan tidak dapat dirasai apabila disentuh, hanya               nampak di mata sahaja.



RUANG

  • *       Ruang adalah jarak antara objek.
  • *      Ruang terbahagi kepada dua jenis iaitu ruang fizikal dan ruang ilusi.

·         Ruang fizikal : Ruang di persekitaran objek 3 dimensi sebenar.
·         Ruang ilusi : Ruang dalam karya 2 dimensi sahaja.


WARNA

  • *      Warna adalah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan. Warna terbahagi kepada 3 jenis iaitu warna asas/ utama/ primer, Warna sekunder, dan warna tertier.

·         Warna asas/ utama/ primer : Warna yang paling utama seperti warna merah, biru dan kuning. Warna ini tidak boleh dihasilkan dengan mencampurkan warna- warna lain.
·         Warna sekunder : Hasil warna yang wujud setelah mencampur warna-warna asas . Contohnya merah + biru = ungu, kuning + biru = Hijau.
·         Warna tertier : Hasil warna yang wujud setelah mencampur dua jenis warna sekunder seperti ungu + hijau.
  • *      Warna neutral adalah warna putih, hitam dan kelabu.