Thursday, September 7, 2017

TEKNIK GOSOKAN

TAHUKAH ANDA APA ITU GOSOKAN ?







 UNTUK MENGHASILKAN GOSOKAN, ANDA PERLU MENGGUNAKAN :



CONTOH KARYA YANG MENGGUNAKAN TEKNIK GOSOKAN

Hasil gosokan daripada pelbagai jenis permukaan menghasilkan corak yang menarik dan pelbagai










EHHHH..


😕
😕
😕
😕
😕
😕
😕
😕
😕
😕





BELUM HABIS LAGI YE ANAK-ANAK SEKALIAN .... 
😜😜


⏬

TEKAN SINI UNTUK PEMBELAJARAN SETERUSNYA  😗



ASAS SENI REKA PADA TEKNIK GOSOKAN

BENTUK

*      Bentuk berstruktur, lebih dari satu permukaan dan berjisim.
*      Ada dalam 2 bentuk iaitu bentuk ilusi dan bentuk konkrit.
·         Bentuk ilusi : Bersifat 2 dimensi ( dalam gambar sahaja, apabila sentuh  tak rasa )
·         Bentuk konkrit : Bersifat 3 dimensi ( bentuk sebenar, apabila sentuh akan  rasa ) 

bentuk ilusi teknik komputer grafik

bentuk ilusi teknik komputer grafik

bentuk ilusi teknik komputer grafik

bentuk ilusi teknik komputer grafik





JALINAN

*      Jalinan adalah keadaan sesuatu permukaan. Jalinan terbahagi kepada dua jenis iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak.
·         Jalinan sentuh : Kesan jalinan boleh dirasai apabila disentuh
·         Jalinan tampak : Kesan jalinan tidak dapat dirasai apabila disentuh, hanya  nampak di mata sahaja.

jalinan sentuh pada kulit durian

jalinan sentuh pada cengkerang

Jalinan tampak pada corak dinding

Jalinan tampak pada kulit tembikai



WARNA

*      Warna adalah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan. Warna terbahagi kepada 3 jenis iaitu warna asas/ utama/ primer, Warna sekunder, dan warna tertier.



·         Warna asas/ utama/ primer : Warna yang paling utama seperti warna merah, biru dan kuning. Warna ini tidak boleh dihasilkan dengan mencampurkan warna- warna lain.


·         Warna sekunder : Hasil warna yang wujud setelah mencampur warna-warna asas . Contohnya merah + biru = ungu, kuning + biru = Hijau.


·         Warna tertier : Hasil warna yang wujud setelah mencampur dua jenis warna sekunder seperti ungu + hijau.
  • *      Warna neutral adalah warna putih, hitam dan kelabu.

KEPELBAGAIAN


KEPELBAGAIAN DARI SEGI WARNA

KEPELBAGAIAN DARI SEGI BENTUK

§  Ciri-ciri yang pelbagai / gabungan pelbagai gaya, nilai dan idea




LAGU ASAS SENI REKA


" ASAS SENI REKA "


GUBAHAN RENTAK / MUZIK : TANYA SAMA POKOK


Asas seni reka
Ada dua benda
Benda yang pertama
Unsur-Unsur Seni
Benda yang kedua
Prinsip Rekaan

Mari sama-sama kita belajar seni
sebab seni itu
asas kerjaya..

Unsur seni pula ada 6 benda,
Benda yang pertama
Garisan namanya,
Rupa, Bentuk pula ikuti bersama…
Jalinan dan Ruang dan juga Warna..

Dunia seni juga
Ada 7 Prinsip..
Kepelbagaian, Harmoni, Kontra
Ritma dan Pergerakan
Menjadi Penegasan
Imbangan, Kesatuan
Gabung bersama…

ASAS SENI REKA ( PRINSIP REKAAN )

prinsip rekaan 💖

1.   HARMONI
§  Ada sifat persamaan dalam penggunaan unsur-unsur seni    

2.   KONTRA
§  Ada sifat bercanggah / bertentangan dalam penggunaan unsur-unsur seni

3.   PENEGASAN
§  Unsur yang menyerlah atau menjadi pemusatan/ tarikan
§  Mempunyai unsur kontra yang ketara

4.   KEPELBAGAIAN
§  Ciri-ciri yang pelbagai / gabungan pelbagai gaya, nilai dan idea

5.   PERGERAKAN
§  Wujud keadaan yang bergetar / bergoyang / beralun / ulangan objek / ulangan unsur yang sama dalam pelbagai saiz

6.   KESATUAN
§  Ada unsur kesamaan / keserasian / ulangan yang sistematik / tema yang sama, susunan / gubahan yang serasi

7.   IMBANGAN
         
§  Keadaan yang seimbang / berpadanan


ASAS SENI REKA ( UNSUR SENI )


unsur seni 💖

GARISAN

  •      Garisan adalah cantuman dua titik dari jarak tertentu.
  • *   Garisan boleh mencipta rupa, bentuk, jalinan, ton, corak, pergerakan dan ruang.
  • *   Terdapat pelbagai jenis garisan dan ia boleh dihasilkan menggunakan pelbagai media seperti pensil, pen, marker dan pensil warna.


RUPA

  • *   Rupa adalah garisan luar sesuatu bentuk
  • *  Terhasil apabila pertemuan antara penghujung garisan dengan permulaannya.
  • *  Terbahagi kepada 2 rupa iaitu rupa organik dan rupa geometri.



BENTUK

  • *   Bentuk berstruktur, lebih dari satu permukaan dan berjisim.
  • *   Ada dalam 2 bentuk iaitu bentuk ilusi dan bentuk konkrit.

·    Bentuk ilusi : Bersifat 2 dimensi ( dalam gambar sahaja, apabila sentuh                                                     tak rasa )
·         Bentuk konkrit : Bersifat 3 dimensi ( bentuk sebenar, apabila sentuh akan                                                            rasa )

JALINAN

  • *      Jalinan adalah keadaan sesuatu permukaan. Jalinan terbahagi kepada dua jenis iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak.

·         Jalinan sentuh : Kesan jalinan boleh dirasai apabila disentuh
·         Jalinan tampak : Kesan jalinan tidak dapat dirasai apabila disentuh, hanya               nampak di mata sahaja.



RUANG

  • *       Ruang adalah jarak antara objek.
  • *      Ruang terbahagi kepada dua jenis iaitu ruang fizikal dan ruang ilusi.

·         Ruang fizikal : Ruang di persekitaran objek 3 dimensi sebenar.
·         Ruang ilusi : Ruang dalam karya 2 dimensi sahaja.


WARNA

  • *      Warna adalah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan. Warna terbahagi kepada 3 jenis iaitu warna asas/ utama/ primer, Warna sekunder, dan warna tertier.

·         Warna asas/ utama/ primer : Warna yang paling utama seperti warna merah, biru dan kuning. Warna ini tidak boleh dihasilkan dengan mencampurkan warna- warna lain.
·         Warna sekunder : Hasil warna yang wujud setelah mencampur warna-warna asas . Contohnya merah + biru = ungu, kuning + biru = Hijau.
·         Warna tertier : Hasil warna yang wujud setelah mencampur dua jenis warna sekunder seperti ungu + hijau.
  • *      Warna neutral adalah warna putih, hitam dan kelabu.




Saturday, April 4, 2015

Sunday, September 1, 2013

Mereka kawan,merekalah keluarga .

Assalamualaikum.
Hai you alls . Weh,dah lama gila aku tak update blog.
Apa kejadah yang aku buat selama ni hah?Haish risau aku.
K,sebenarnya,sejak aku mula masuk maktab ni,aku makin malas nak update blog.
Internet lambat gila nak mati.
Ni pun aku update kat library.Pensyarah suruh datang buat assignment,tapi aku datang buka blog.
Haram jadah perangai.
Btw,dah 2 bulan kot aku kat IPTHO a.k.a Intitut Perguruan Tun Hussein Onn.
Lahai,mula-mula datang,sumpah homesick gila.Paling teruk time aku sakit haritu.Hari-hari nangis nak balik.Bajet johor dengan kelantan dekat gila.
Tapi,bila dah sebulan kat sini,aku dah boleh pasrah dengan takdir illahi.
Hamboi ayat .
Time orentasi pun okey.Okey gila.Hari pertama orentasi dah kena nyanyi kat depan.Bahagia weh --'
Classmate aku pun ok. Semua best. kitorang dah macam satu family dah gamaknya.
Pensyarah?Semuanya sporting gila!Paling best,mentor kitorang yang dipanggil Daddy tu memang baiklah weh.Dahlah comel.*Mampus aku kalau bini dia baca*
Paling tak boleh blah,aku ada geng yang paling bangang di asia tenggara.Sumpah syok gila.
Kau bayangkan,Kantin,cafe,and koperasi a.k.a IPTHO mall,semua dah kenal kitorang berempat.
Nak buat macam mana,pergi mana-manapun,kitorang asyik melalak je.Bajet IPTHO tu milik kitorang.Ahaks.
Hah,malas dah aku nak membebel panjang-panjang,bukan ada orang baca pun .Buat malu je. 
Kbai .

Psv class .Time latihan koir. Sayang korang !

Dari kiri,Ayni,Wawa,aku and Bella .Yeh!Kitorang geng :D

Oh,btw,kelas aku ada 20 orang.3 je lelaki.Islam sorang,cina sorang and kristian sorang.
yang lain semua perempuan.Ada cina,melayu and kristian.Yey!Perempuan berkuasa. Haha

Bai .



Saturday, June 22, 2013

Persiapan ke maktab =='

Assalamualaikum..



Haa tengok!tengok!Bila aku start nak taip,mulalah semua idea nak hilang.Tadi kemain lagi sakan bertimbun dalam kepala otak.Bikin panas je!
Takpe ah,kiranya dia nak aku merapu jelah kot.

Ok,hai.
Sekarang ni aku kat kajang.Lepak rumah mak sedara.
Esok baru aku pergi johor.Alahai cepatnya masa berlalu.
Malas pula nak pergi maktab.

Kejap lagi kakak aku datang.Dia nak ambil aku pergi beli barang.
Banyak lagi kot tak beli.
Hah!Cakap pasal maktab,kau tahu berapa banyak beg aku bawak?Enam ok!ENAM!Kau ada?
Entahlah,akupun tak tahu apa dah nak jadi dengan aku ni.
Semua benda aku nak bawak.
Kalau boleh,memang aku nak angkut satu rumah tu letak sebelah maktab,tapi tak boleh.

Sebenarnya perangai aku serupa haram ni akibat daripada tak pernah pergi stay kat asramapun.
Eh tak,i mean aku tak pernah pun duduk kat asrama lama-lama.
Kalau pernah pun sehari dua je,tupun sebab ada program.

Eh panjang pula cerita aku ni.Takpe ah,kira tapau hari-hari yang aku tak update blog sebelum-sebelum ni.


Haaaah!Semalam aku ada tanya pakcik google pasal maktab yang aku nak pergi ni,pastu aku ada terjumpa satu blog yang cakap pasal maktab tu.
Dia cakap maktab tu tak bestlah.Sebab apa entah.Dia takde cakap pula.

Ya Allah,takut pula aku nak pergi.Macam mana ni?
Papepun,doakan aku okey je kat sana.Amin.

Kbahai ~

Tuesday, June 18, 2013

Aku ada berita bahagia :')

Assalamualaikum..


Ok hai.Aku ada good news.
Aku dapat IPG a.k.a maktab.
Tapi dekat johorlah.Lahai jauh nak eh .
Seronok tu memanglah tapi aku terfikir,macam mana aku nak puasa tanpa mak aku?Macam mana aku nak urus diri sendiri hari-hari?Tak boleh ke ajak mak sekali?Ok aku mengaku aku memang anak mak.Habis kalau bukan anak mak,anak siapa lagi?
Whatever..
hum,tu je kot .

Doakan aku BAHAGIA kat sana eh.
Oh btw,aku tengah patah hati sekarang ni.Bengang gila dengan diri sendiri.
Sebab apa?Aku sendiri pun tak pasti .
Yang penting,

Bai .