Thursday, May 16, 2013

Interview :"D

Assalamualaikum..



Dah baca title besar gedebom kat atas tu kan?So mesti korang dah tahu apa yang aku nak ceritakan.
Sebenarnya,aku pergi interview kelmarin.Dekat besut.Tapi disebabkan aku tak berapa sihat,maka aku buatlah entry interview ni hari ni.Semalam aku tidur je.
Okey,lets start .
Oh btw,aku nak tulis ringkas-ringkas je.

8 setengah exam insak.Ok soalan dia not bad lah.Soalan kbkk je.Tapi sesenang macam manapun,korang kena baca elok-elok,takut tersalah pilih jawapan pulak.Masa yang diperuntukkan 30 minit je dan korang kena jawab 135 soalan okey!Muehehe cuak tak?

After selesai jawab INSAK,pensyarah (KOT) tu suruh pergi dekat dewan interview.
So sila patuh ye.
Masa interview adalah ikut masa yang telah ditetapkan dalam kertas korang tu.Aku punya pukul 10.45 pagi.
Sebelum masuk bilik interview tu,pensyarah pergi makan dulu,so masa tulah group aku duk lepak sambil-sambil wat lek macam tunggu masa nak kahwin je.Hekhek.
Group aku ada 6 orang.5 perempuan,sorang lelaki.Tapi kitorang semua sekepala.Best siot lepak dengan diorang!

Bila tiba masa untuk masuk bilik iv tu,semua menggelabah.Last-last lelaki tu yang masuk dulu.Alahai gentleman betul .
Bila dah masuk tu,bagilah salam,letak hasil seni kitorang atas meja yang ditetapkan (Group aku semua seni),lepastu serah fail masing-masing dekat pensyarah tu.
Duduk diam seminit dua,pensyarah lelaki tu pun suruh pergi tengok video dekat laptop dia .(Ada dua orang interviewer .
(sorang laki sorang pompuan.)
Video tu mengisahkan tentang sekolah pendalaman.Lepas tengok tu,kami dipersilakan duduk.Tapi kena duduk ikut nama dalam senarai okey.
Sebelum start perbincangan,kami disuruh memperkenalkan diri masing-masing dalam bahasa inggeris.Hoho .So buat jelah.
Aku cuma cakap nama,asal,nama ayah ibu,bilangan adik beradik,anak ke berapa,hobi,cita2,lepastu promote lah sikit pasal hasil seni yang dibawa.

Lepas settles emua,barulah perbincangan dimulakan.
Masa tu diorang takkan mencelah langsung,sebaliknya hanya mendengar,so kena pandai-pandai cakap banyaklah.Masa tu jugalah aku ambil peluang untuk start dulu.
Tipulah kalau cakap tak gelabah sebab ni iv pertama dalam hidup aku.Cuak nak mati kot!
Tapi aku gagahkan juga diri supaya berani.
Dan alhamdulillah,lelaki sekumpulan dengan aku setuju dengan pendapat aku.
Start situlah kami mula membebel.Semoga kami berjaya.

bai.

Eh eh tak habis lagi,tunggu kejap.
After settle berbincang pasal sekolah pendalaman tu,interviewer mula mengajukan soalan.Soalan dia lebih kepada nak downkan kita punya semangat nak jadi cikgulah.

cth:Saya tak rasa subjek seni ni penting sebab bila tiba beberapa minggu terakhir sebelum UPSR,cikgu akan lebih menekankan subjek-subjek penting seperti math,so subjek seni akan ditolak tepi.

Hah!Canggitulah lebih kurang.So tugas kita adalah mempertahankan subjek yang kita ambil tu.Cakaplah apapun,yang penting kita berani.
Sebenarnya,dalam iv ni,mereka lebih berkeinginan untuk melihat kita berani dalam berkomunikasi,kalaupun kita rasa apa yang kita nak cakap tu macam salah je,its okey sayang,teruskan.cakap je.
Sebenarnya banyak lagi,tapi aku rasa cukuplah tu je.Soalan lain yang diajukan lebih kurang sama je.Mereka cuma nak tengok betul ke kita nak jadi cikgu.So beranilah.

Bai.

tolong baca ayat dibawah ni :

Ya ALLAH,semoga gadis ini lulus dalam temuduga maktab tersebut.Amin

hekhek thanks awak! 
ohya,dia tak tanya pun pasal isu semasa.tapi demi kebaikan,sila baca.

2 comments:

  1. interview ipg eh?? haha ambik subjek seni??
    ada jugak kawan saya yg r kelantan interview kt besut.. subjek seni ngan tesl..
    nasib baik sy kt ipg kota bharu ni je.. hehe subjek sains.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah seni.Oh awak sama dgn kwn sy lah.Dia pun iv kat kb.Sains juga.Hoho :D

      Delete

Hai awak!
Jom komen sikit .Winkwink~
Tataa~